Powered By Blogger

Friday, 31 August 2012

..hutang..hutang ...

KENAPA USAHA MEMBEBASKAN DIRI DARI MASALAH HUTANG SENTIASA GAGAL? 

Anda tidak betul2 faham bagaimana hutang itu Terjadi. 

Memang tidak dinafikan, pinjaman atau hutang memainkan peranan yang penting untuk membantu kita hidup dengan lebih selesa. Masalahnya di sini, hutang juga boleh membuatkan kita merasa tidak selesa bilamana ianya tidak digunakan dan diuruskan dengan cara yang betul. 

Jika kit

a fikir-fikirkan berapa ramai yang hidup di dunia hari ini tidak berhutang? (Hmm..maksud saya orang dewasa yang berpendapatan dan bukannya anak-anak yang sedang bersekolah).

Saya percaya sememangnya ramai yang bersemangat untuk menghapuskan hutang mereka, namun ramai juga yang tidak faham kenapa setelah membayar sebegitu banyak wang, akhirnya mereka dapati yang diri mereka masih lagi belum bebas dari masalah dan bebanan hutang.

Ini kerana apabila kita membuat pinjaman atau hutang ianya melibatkan tiga perkara berikut:-

Pertama, jumlah pinjaman pokok atau jumlah sebenar pinjaman. Sekiranya anda meminjam RM10,000, maka anda perlu bayar semula jumlah tersebut dengan nilai yang sama. Saya kira yang ini semua orang tahu kan :)

Kedua, faedah. Sudah tentulah apabila kita meminjam atau berhutang kita perlu membayar sejumlah faedah sebagaimana yang telah kita persetujui sebelum ini. Ini bermakna jika anda pinjam RM10,000 maka anda perlu bayar dengan jumlah yang lebih besar daripada jumlah pokok yang anda pinjam. Saya fikir perkara ini ramai juga yang faham atau ada yang buat-buat tak faham?

Ketiga, kadar dan jenis faedah. Saya kira yang ini mungkin kebanyakan daripada kita yang kurang faham dan kurang jelas. Bahkan ramai yang terpedaya dengan triks dari pihak pemberi pinjaman. Yang lebih teruk lagi anda di antara kita yang begitu mudah menerima pakai syor dan saranan daripada mereka yang berkenaan, kononnya pinjaman tersebut adalah yang terbaik untuk hutang kita.

TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT

Setiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini harus ada matlamat jika tidak usaha yang kita ambil mungkin tidak sampai kemana-mana dan akan menjadi sia-sia. Begitu juga dengan usaha untuk menghapuskan hutang piutang sedia anda.

Anda harus ada matlamat, namun matlamat anda harus realistik. Maknanya di sini, jika hutang pinjaman anda RM20,000.00 dan anda ingin menghapuskannya dalam masa 2 atau 3 bulan sedangkan dalam masa yang sama anda hanya memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan, maka ini sudah tentu tidak munasabah.

Ya anda perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang lebih besar dan bukannya sekadar berjimat!

MENGAPA?

# Anda buat hutang baru setiap kali berjaya selesaikan hutang lama.

# Tidak Tahu strategi penghapusan yang betul.

# Silap mendapat khidmat nasihat kewangan.

# Anda Gagal Mendisiplinkan Diri

Dalam hidup ini, setiap perkara yang dilakukan dengan penuh berdisplin pasti membuahkan kejayaan. Begitu juga halnya jika anda ingin menghapuskan hutang anda. Anda perlukan tahap displin yang tinggi bahkan bukan sekadar disiplin dalam menguruskan wang anda tetapi lebih dari itu, melibatkan tabiat dan sikap anda. 

..selamt mlm..

SATU HARI nanti kau akan MENANGIS untuk aku seperti aku menangis untuk kau,
SATU HARI nanti kau akan MERINDUI aku seperti aku merindui kau,
SATU HARI nanti kau akan MEMERLUKAN aku seperti aku memerlukan kau,
SATU HARI nanti kau akan MENCINTAI aku TAPI aku tak mungkin mencintai lagi ♥

Tuesday, 28 August 2012

..tudia..tudia..tudia..

hehe..apa pun selamt hari raya pd semua yerr..lama gak ak x updte blog ni..skrg ni dh raya ke 8 dh..sekojab ja..kalau ada tersalah n terkasaq ..harap  di maafkan..arrr apa yg ak nk kongsi dlm ni. kalau nk ikotkan..dari raya 1 sampai raya ke 7..fuhhhh satu kamu dewan kot..baru cukup..heee ..ak mula dari seblum raya yerrr
-18.8.2012
--masa ni semua kalut cari baju raya.yer lah..dh esok nk raya..tapi ..ak dh siap beli dh..bju ak warna hijua tua...sebb warna tu ak x pernah pakai lg..thn lepas warna hijua muda....arrrr smlm tu AK bermimpi ..yg ak pakai bju melayu yg berwarna (-----)dirhsiakan ..so ak pun call kawan baik ak ..ajak beli bju melayu yg sama dlm mimpi ak..fuhhhh satu pekan rabu (a.staq) ak mecari..akhrnya..jumpa jugak..sebiji wrna dlm mimpi ak..so ak ambik terus ja..walapun harga dia ..boleh gagah la untuk di beli ..senyum sokmo kot..balik tu...alhmdulilah la..semua berjalan dgn lancar..n keesoknya ak plan nk pi beraya sampai a.staq ..jitra..perlis..tu plan ak la..tapi ml tu..ak duk expo kt guaq ..sampai 4 pagi..cari bju n kuih raya...hehehe..tiap2 thn mcm tu la.,,mlm tu agak hujan la..kul 2 am kot,,tu yg boleh lajak sampai kul 4 am tu..
--19.8.2012
hAri ini hari raya..alhamdulilah la..ak dpt pakai bju yg ak beli kemarin.seblum pergi surau..apa lg...salam dgn mak yg ak syg..n mohon maaf..masa  keluaq dari umah..owng duk usha pelik ja..so ak pun buat x tahu la..n sampai la abis solat sunat hari raya..baru la ak faham..sebb apa owng duk usha pelik..masa pi beraya kt umah tok long..ustaz fawas tanya..nk pi beraya ka nk pi akad nikah..tudiaaaa.. ayat.. =) senyum x perlu kata apa2..so bju yg ak pakai tu,,ak x pasti sama ada ak bermimpi ak beraya or ak meniti hari bahgia..(8thn).so siapa yg dh tgok..faham2 yerr..arrr ak..abis solat raya..beraya pusing pondok ja..pastu ..duk umah..tunggu nk bagi duit raya pulak..so..akhrnya peminat blog ak yg per1 datang..dgn adik n sepupu dia..sory yerr..x dpt nk melayan yerr..sibuk kot dipagi tu..heee..tq dtg..n dh dpt dh kan hadiah misteri tu..so beruntung la yerr..kira raya tu ..plan ak nk pi beraya kt jitra n perlis..x boh la..sebb mak ksygan ku ajak pi beraya umah tok ak kt sedaka..n disebbkan ak dh plan nk pi yan..so ak dan la singgah ke rumah sesowng yg ajar ak tentang blog =)..so dpt la makan nasi lemak..hehe lain dari lain.abis tu,,terus ak pi sedaka..umah tok ak..n singgah umah adik berdik sekitar sedka..so..tu jer lah..aktivit raya pertama ak.so    bersambung......

Tuesday, 14 August 2012

..misi yg agak sukar..

hehe hari ni ak dh plan untuk azam baru..lepas jer keluaq dari sekolah ramadan..ak nk berpuasa dari segalanya..termasuk menbeli barang2 yg boleh dikatakan menjadi kegilan ak disaat ini(ipad3 nikon d7000 moto yamaha 250  keta honda citiy)hehe semua benda tu ak dh fikir untuk bajet 2013.tapi disebbkan penyelia di tempat ak..suruh ak simpan duit,,n cabar ak ..kalau boleh 1 thn boleh x simpan 100k ..fuhhhh agak2 boleh x ak lakukan..sukarkan..sebb tu ak nk cuba tgok..walaupun napak mcm x masuk akal..so kau owng ambik calculator..try kira htang ak dlm satu bulan

loan bank rakyat ------rm530 (40k)
loan asb             ------rm200 (30k)
duit moto          -- ---rm 200
duit kut             -- -- rm 300
insuran              -- -rm200
kereta                 --rm600 x lama lg
public mutal       --rm150
lain (eltrik internet makan minyak moto.peralatan umah) rm 500
jalan2              --rm 200

so semua ni hutang ak untuk 1 bulan =)..tu ada lg benda yg ak x tulis..just sj nk kongsi la..tahun depan geng2 ak ajak ak ambik umah lak.hehe..mcm mne nk khwin (heheh)so berdoa la agar misi ak kali ni berjaya amin..

---x sabar nk bagi duit ..so pd siapa yg rajin baca blog ak..ada hadiah lebih jika dtg ke rumah ak
--- jum selamt berbuka =) 
--- sedih sebb ramadan hampir pergi meninggalakan..agak3 kita boleh berjumpa x untuk thn hadapan
     hanya allah sj yg tahu..sekian..

Monday, 13 August 2012

..owhh mcm tu..


15 perkara yang kita tidak tahu pasal diri kita..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun di
a tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

# :)

Sunday, 12 August 2012

..perlukah berkata ya..

arrr .mcm mne yerr ak nk certa kt sini..hehe baru ak sedar yg umur ak dh 24 thn..thn depan dh masuk 25thn..owng cakap ..time ni..elok la mendirikan rumah tangga.so .dia antara umur 25-26..lepas jer umur tu..pasl khwin dia  malas dh nk fikir...insyaallah 23.8.2012 ni..kenduri abg ak khwin..so thn sudah abg ak yg no satu..thn ni abg ak yg no 2..ak yg no 3(katanya)so lepas ni giliran ak la..ramai yg sudah buat ramalan..yg zaman bujang ak akan berakhr thn depan..fuhhh getirnya apa bila berfikir pasl perkhwinan..ak nk bgi thu kt sini..yg ak agak risau disebbkan faktor2 tersebut
1-ak takut disaat akad nikah(sebb ak ni gemuruh n malu kalau semua pakat tgok)
2-adakah ak mampu menjadi seowng suami ayah yg baik(sebb ak masih lg insan yg bodoh tentang    ilmu agama..ak perlu banyak beljaq lg)
3-mampukan ak adil pd isteri ak(sedangakn ak masih mezalimi diri ni..n x adil pd diri sendri x adil ni
   ak bgi contoh la..gunting rambut,,so ada yg pendek,,ada yg panjang..so adilkah ??)
4-masa ak agak terhad..yer lah..kadang2 pi kerja balik lewat2..kadang2 x balik sampai 2 hari..nati     
   kecian bakal isteri ak..minum air mata kat umah..sebb tido x ada teman(hehhe)
so 4 dh cukup kot..ada bnyk lg..ak bgi isi2 penting ja..arrr ..skrg ni..ramai dh nk cari calon untuk ak..mak saudara..kawan2..n ramai lg la..ak pun x thu nk cakap mcm mne..yg ak mampu hanya tersenyum x perlu kata apa2..insyaallah..cuma ak nk cakap..yg jodoh rumah tangga dgn ak umpama langit dan bumi.. =)     sekian(tq sebb sudi baca)

-lusa dpt bonus n gaji =) (raya dlm kesderhanan..)
-ak bila raya suka duk umah tgok tv ja..kalau nk pi beraya umah owng..hanya insan terpilih ja =)
-harap2 ak dpt la duit raya..walaupun ak agak tua..tapi bila dpt..terus rasa mcm kanak2
-nk cuba beljaq melupakan sesowng..walupun ak thu iya agak susuah,tapi ak perlu lakukan =(
-msg dari sesowng yg ak syg..dia suruh ak khwin thn depan ..so.. perlukah ak berkata ya untuk 
  semua soalan diatas...maaf tiada ya untuk semua ini.. =)   
  

Thursday, 9 August 2012

..alhamdulilah selamt sampai..

..wahhh penatnya..ak baru ja sampai umah..syukr alhamdulilah..penat jugak la..apa pun..ak ada certa suka n duka bila ak pi petaling jaya (pj)..
ak bertolak dari umah jam 11.30 mlm..sahabat baik ak yg hantaq ak pi busstop guaq..dan la kami pekena ayam bob..bas sampai tepat kul 12..seblum tu ak tanya la..abg yg bawa bas tu..berhenti sahur x..dia cakap berhenti..so ak x beli apa2 la untuk bersahur(dlm fikiran ak..masih samar2 tempat yg hendak dituju  dh la ak x thu langsung jalan timur pj..ap pun ak hanya berdoa jer lah .so bila naik bas..faham2 la.sejuk gila ..nk tido pun x boleh..(kalau terlalu sejuk pasti ak rasa nk buang air kecil)so ak gagah la untuk tido,x silap ak kul 5.20pagi kot..ada miscall  dari sesowng...so ak call la balik..so ak cakap la yg ak masih kt pudu..fuhhhh alamak ..ak masih belum bersahur..dahga lapaq semua ada..dugaan..dlm hati ak..ak niat ja lah..dari pudu nk pi shah alam kira2 dekat 30mint jugak la..kalau nk makan pun x sempat.. :-(  ak sampai shah alam 6.15 pagi..heee dia dtg bersama kawan dia ..naik keta myvi warna putih no plat x silap wwh.so pala dh blur ..dgn x makan semua ada..dan lah sembang sikit2..sambil layan lagu njawa latif (untuk dia n berdua bersatu)alhamdulilah la..tnb jalan timur x la susah sgt nk cari..apa pun ak nk ucap terma kasih berjuta2 sebb sudi hantaq ak ..senang hati..sampai ja..terus ak cari surau..untuk solat subuh..abis solat subuh..pergi mandi jap.mandi koboi ja..sebb bilik air tu x ada tempat khas untuk mandi =)..ak bersiap pakai bju kerja..terus ak pi lapor diri kat kaunter..mmg agak sedih la..sebb majlis tu mula kul 5 petang ..ak kul 7 pagi dh terpacak kt situ..so akak tu bgi thu la..skrg ni musim perayaan..so apa kata adik pi shoping dulu..x susah pun..adik jalan kaki..adik naik komuter..x pun adik rehat kt surau..so ak rehat kat surau dulu la..rehatkan diri..pas solat zohor ..ak terus jalan2 kt pasaraya amcopmall..2 jam gak la ak kt situ..dlm pasaraya tu..biasa2 aja..cuma yg syok pun...barang2 camra yg terbaru ja..pastu ak jalan2 kat tasik taman jaya..sebelah dgn bagunan tnb jalan timur,,tut2 dh kul 4.30..so ak terus pergi surau n solat asar ..kira majlis tu kt tingkat 20.tinggi tu..kalau tgok bawah..pasti gayat,(tapi cantik tgok bagunan2 kt pj)hadiah yg team ak dpt sijil n wang tunai rm 2 ribu ringgit..banyak la..apa yg paling best.di sampaikan oleh ketua no 1 tnb ceo dato azman n gm..berbangga kot..pas ni muka ak keluaq majalah tenagatnb (satu malaysia tgok =)abis majlis dlm 6.30 kot..so dan la ak berbuka puasa dgn owng2 pj di mcd(makan x tgok owng dh..lapaq ooo)abis ja berbuka ak balik tnb untuk solat magrib isya n terwih..tapi ak dan buat 8 ja.(sebb ak dh set dgn kawan ak..nk tumpang tido umah dia)mula2 ak segan la..sebb dia cakap dia duk umah flat ja,,kecik ..pastu ada adik permpuan,,dia takut ak x selesa..ak cakap la..ak oke ja..sebb ak pun owng susah jugak..x ada masalah la,,so dia mai ambik terus dia bawa ak pi umah dia..umah dia flat medan cahya..tingkat 4.so sampai ja umah..dia suruh ak mandi n rehat..sebb dia nk bawa ak pusing2 kl.so ak pun tersenyum mcm kerang busuk la..dh lama dh nk tgok kl di waktu mlm..so mula2 tgok masjid negara..pastu pi dataran merdeka..pastu pi jalan tar kat sogo..fuhh..ramai gila owng..nk jalan pun susah..tapi bju2 wanita ja byak..bju melyu untuk laki ada..tapi agak mahl la..tapi serius cantik(ak x beli pun sebb ak dh plan nk beli hari sabtu)..so kami berjalan sampai kat masjid india..jauh x..penat kot berjalan..pastu kawan ak ajak pi downtown kt setapak..kat situ la ak beli bermcm benda..tapi barang 2 lelaki la..terpaksa la ak kena beli beg baru..sebb barang x muat..abis jer shoping sakan..kami makn steambot..beda sahur untuk esok pagi..esok kawan ak kena kerja..kami terus balik,..sambil tu dia dan lg dia bawa ak pi kg baru..kalau kau owng nk tahu..tanah kt kampung tu sekaki 1 ribu..bayangkan..ak sampai umah kul 1.20 kot..mmg sedap la tido =)ak bgun kul 5.20..minum air ja..pastu solat..pastu tido balik..kul 7,15 ak dpt msg yg plan hari sabtu(plan nk beli bju raya)x jadi..sebb dia ada reunion bersama2 rakan2 dia..so ak buat keputusan ..balik kedah terus lah,.kawan ak hantaq ak kat pudu n sampai ja..ak beli tiket..bas bergerak kul 9 pagi..naik ja bas terus ak tido..tut2 sampai kedah kul 3 petang..ak turun kat hentian gurun..(panjang x ak certa..hehe sekian,,untuk hari ni)
-pagi2 geng tnb gcm kalut call ak..sebb nk resipi bubur lambuk..(thn lepas ak ada beljaq buat bubr lambuk kt temat ak(pondok haji hussin).kira sedap la..semua pakat puji.so hari ni..pejabat tnb gcm buat majils bubuk lambuk untuk pelanggan..dh ak x ada pakat pening la depa tu..sebb master chef nabil x ada heee..faham2 la..kira ak ni owng penting jugak la.tapi alhamdulilah la..semua berjalan dgn lancar
-masa ak tido tu..ak termimpi owng jitra..sedih kot mimpi tu..mengis ak dlm bas bila ak terjaga dari tido
-cukup untuk hari ni..jum kita sedkah al-fatihah untuk arwah aizat bin jamal.
jum kita cari mlm 1000 mlm ..tingkatkan amalan 
selamt beramal.. =) 
nk thu napa ak letak warna hijau terang..tunggu

Tuesday, 7 August 2012

..jum pi pj..

alamak..tadi bos no 1 ak call..suruh ak pi pj..jalan timur..pi ambik sijil wit..huhuh..abis satu kawan ak yg duk kl ak call..tanya pasl tnb jalan timur..selamt la ada sesowng yg sudi tolong ak,,bila ak disana,,agak terharu la..apa pun,,tq atas pertolongan ..hrap ak selamt sampai n selamt pulang..amin..jum..doakan ak..wasalam

Monday, 6 August 2012

..jodoh oh jodoh..adakah kau sudah datang..

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, 5 August 2012

..24 jam tanpa henti..

adoi..pala dh pening..24jam tanpa tido..(berlaku kerosakan ternfomer kat kg setia jaya belida siam bt 17)kena kerja..jum2..sory yerr..banyak lg ak x certa..pas berbuka kena hantaQ Akak pi jitra..balik tu solat terwih jap.(kalau larat)pastu tido..insyaallah misi 10k pasti berjya..doakan lah kawan2 ku =)