Pengantin perempuan lari?
Inilah
takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain
Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej
walaupun baru umur 18 tahun.
Zain
Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar
Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah
iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak
jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang
perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga.
Datin
Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang
Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza
iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai
orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk
anak gadisnya atas sebab tertentu.
Satu
rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah
keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur
hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya
tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga
Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua
orang.
Demi
menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin
Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus
menebus dosa hitamnya.
Sebelum
majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di
shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah
bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya
mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya
Zain
cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik
melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut
cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila
Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar
ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘
isterinya.
Ersalina
terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini
barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain,
Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.
Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain
hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di
belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji.
Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana
baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina
untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas
perbuatan ersalina.
Ersalina
merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun
hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia
bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan
penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk
setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin
setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana
cintakan hubungan mereka.
Kuasa
Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang
hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir
bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Zain
dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Sekali
lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma.
Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama
sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia
disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli
keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana
selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi
Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina
yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.
Tatkala
rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang
ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah
dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah
berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan
Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka.
Datin
adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi
zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan
sering berjumpa secara sembunyi.
“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina
"Tapi
abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan
keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan,
tanpa syarat” – zain hakimi
“perempuan
yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya
zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini
diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut.
Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya.
Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah
keluarga. Happy ending!


No comments:
Post a Comment